BIOGRAFI DR. FAUZIAH HASSAN
DR. FAUZIAH HASAN dilahirkan di Kuala Terengganu, Malaysia pada tahun 1957 dan menerima ijazah MBBS daripada University of Tasmania, Australia pada tahun 1982.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dan enam orang cucu. Beliau merupakan Fellow Royal College of Obstetrics and Gynaecology (United Kingdom) sejak tahun 2003 dan berkhidmat sebagai doktor pakar di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak tahun 1997.
Beliau sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan, bermula sebagai Bendahari Persatuan Medical Relief Malaysia (MERCY Malaysia) (2000-2006) dan mengambil bahagian dalam misi untuk Kosovo (1999), Maluku Indonesia (2000), Afghanistan (2001, 2002,2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009).
Beliau kemudian aktif dalam Aqsa Syarif, NGO kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan isu-isu Palestin. Pada tahun 2015, Aqsa Syarif telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad atau ringkasnya MyCARE (729288-P), sebuah organisasi kemanusiaan melangkaui sempadan Palestin. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif dari tahun 2010 dan kini ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.
Sejak 2011, beliau juga merupakan Penasihat Rose2Rose (R2R), satu lagi agensi di bawah MyCare yang mempunyai fokus memperkasakan wanita dan kanak-kanak. Beliau telah mengetuai kempen untuk melindungi ramai wanita dan kanak-kanak mangsa peperangan dan bencana di Palestin, Syria dan Rohingya, termasuk menganggotai satu misi ke Gaza pada tahun 2012.
Tahun 2014, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa oleh Multaqa Al-I’thilaf di Istanbul, Turki. I’thilaf merupakan gabungan NGO-NGO cakna Palestin dari seluruh dunia.
Pada tahun 2016, beliau telah menyertai sebuah misi yang dinamakan “Women’s Boat to Gaza” yang menyaksikan 12 orang aktivis wanita merentasi Laut Mediterranean menuju ke Gaza dengan hanya menaiki bot kecil.
*****
Sertai Hi-Tea4Humanity bersama Dr. Fauziah Hassan pada 24 November 2017 (Jumaat). KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment