HI-TEA4HUMANITY


APA ITU ROSE2ROSE?

Rose2Rose ditubuhkan pada Jun 2011 dan kini merupakan satu daripada enam buah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad atau MyCARE (sebelum ini dikenali sebagai Aqsa Syarif Berhad). Fokus Rose2Rose adalah pemerkasaan wanita dan pendidikan kanak-kanak tanpa mengira sempadan agama, bangsa mahupun geografi.

*****

APA ITU "HI-TEA4HUMANITY"?

Hi-Tea4Humanity (Hi-Tea For Humanity) ialah sebuah program yang dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu wanita dan kanak-kanak di negara-negara yang terlibat dengan musibah peperangan. Dana ini akan digunakan untuk menaikkan taraf kehidupan mereka melalui latihan vokasional dan pendidikan.

Pusat-pusat yang telah berjaya ditubuhkan adalah seperti berikut:

:: Pusat Komuniti Wanita di Idlib, Syria.
:: Pusat Komuniti Wanita Rose2Rose di Antakya, Turki.
:: Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Palestin di Setapak, Kuala Lumpur.

Hi-Tea4Humanity membawakan perkongsian dua tokoh aktivis wanita yang telah merentasi Laut Mediterranean menuju ke Gaza pada tahun 2016 bersama misi Women's Boat to Gaza (WBG), iaitu Dr. Fauziah Hasan (Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa) dan Mary Ann Wright (Boat Leader WBG yang juga Kolonel Bersara Tentera Amerika Syarikat).

Hi-Tea4Humanity yang akan diadakan di Pulau Pinang ini adalah kesinambungan daripada empat program yang telah diadakan oleh Rose2Rose Kuala Lumpur pada Julai 2012, Disember 2013, Ogos 2015 dan Januari 2017. Hasil daripada kutipan kesemua program itu telah dimanfaatkan untuk membantu projek-projek berikut:

:: Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Rafah, Gaza.
:: Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Jabalia City, Gaza (2012).
:: Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Sarmada, Syria (2014).
:: Pusat Komuniti Wanita Antakya, Turki (2016).
:: Al-Zaytouna Club for Women and Children, Setapak, Kuala Lumpur (2016).
:: Pembedahan pesakit miskin di Gaza.
:: Tangan dan kaki palsu buat kanak-kanak di Gaza.

*****

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program:
Hi-Tea4Humanity (Hi-Tea For Humanity)

Penganjur:
Rose2Rose Pulau Pinang dengan kerjasama Rose2Rose Kedah

Tarikh:
24 November 2017 (Jumaat)

Tempat:
Penang Golf Resort
Kepala Batas, Pulau Pinang

Masa:
3.00 - 5.30 petang
*Jamuan makan pada 4.45 petang

Penceramah:

i) Dr. Fauziah Hasan
:: Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa
:: Peserta Women's Boat to Gaza

ii) Mary Ann Wright
:: Boat Leader Women's Boat to Gaza
:: Kolonel Bersara Tentera Amerika Syarikat

*****

PAKEJ PROGRAM

i) Individu: RM100/kerusi

ii) Dua Pakej Tajaan:

ZAYTOUNA - RM2,000/meja
:: 10 kerusi percuma di program Hi-Tea4Humanity.
:: Nama syarikat disebut dalam ucapan aluan pada hari program berlangsung.
:: Nama syarikat disebut dalam artikel program yang akan disiarkan di laman media sosial Rose2Rose dan MyCARE.
:: Meja yang ditaja akan dilabel seperti berikut - “This table is sponsored by [nama syarikat]”.
:: Bunting syarikat akan diletakkan di dewan program (bunting dan bunting stand hendaklah disediakan oleh penaja); ATAU brosur syarikat akan diedarkan kepada peserta-peserta program; ATAU kedua-duanya (sekiranya dapat disediakan oleh penaja).

HOPE - RM1,000/meja
:: 10 kerusi percuma di program Hi-Tea4Humanity.
:: Nama syarikat disebut dalam ucapan aluan pada hari program berlangsung.
:: Nama syarikat disebut dalam artikel program yang akan disiarkan di laman media sosial Rose2Rose dan MyCARE.
:: Brosur syarikat akan diedarkan kepada peserta-peserta program.

*****

CARA MENDAFTAR

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat di http://bit.ly/hitea4humanity atau hubungi 012-4971127 (Cik Atikah).

*****

CARA PEMBAYARAN

Semua pembayaran dan sumbangan hendaklah dibuat ke salah satu akaun di bawah:

Nama Akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad

No. Akaun:
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam Berhad : 12-092-01-003490-4
CIMB Islamic : 86-0213559-2

Maklumat transaksi perlulah diberitahu kepada kami seberapa segera selepas pembayaran atau sumbangan dibuat. Mohon hubungi 012-4971127 (Atikah).

*****

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, mohon hubungi:

019-4177598 (Norlin)
019-4328768 (Roshadah)
012-2065872 (Syalina)

Keprihatinan dan sokongan daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


KLIK UNTUK MENDAFTAR SEKARANG

*****

BIOGRAFI:

:: Dr. Fauziah Hasan (BM)
:: Mary Ann Wright (BI)

No comments:

Post a Comment